Wednesday, June 17, 2009

Nik Aziz dah marah


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.
"Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.[Laporan penuh]

bisik - Nasharuddin dengan Hadi Awang kalau nk sgt kerajaan perpaduan buleh la keluar dari PAS. Kerajaan BN memang dok tunggu benda-benda perpaduan ni sebab mereka sudah nazak tinggal nk masuk kubur je lagi.

Apabila mereka bersedia untuk berbincang ini seolah-olah menunjukkan BN adalah sebuah parti yang demokratik bersedia berbincang dengan parti pembangkang tetapi BN sangat perlukan PAS yang makin dapat sokongan dari rakyat setelah kurang mendapat sokongan dari MCA dan MIC.

No comments:

Post a Comment