Wednesday, June 17, 2009

YATUKATULIPONAMA

JUN 10 —Sebagai sebuah institusi bukan berkerajaan bersifat maya, Yayasan Institut Pendidikan Untuk Penyelidikan Politik Nasionalisme Malaysia (YATUKATULIPONAMA)[1] menyambut baik pengumuman Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang menyatakan bahawa Biro Tatanegara (BTN) akan menganjurkan kursus-kursus dan seminar-seminar untuk menjelaskan kepada rakyat tentang konsep 1 Malaysia.

Berlandaskan cogankata “People First; Performance Now” (Orang Satu; Persembahan Sekarang), konsep 1 Malaysia ini, pada pendapat kami, adalah amat tepat pada masanya. Ini adalah kerana interpretasi cogankata ini, yang di pelopori oleh Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri yang kita sanjungi, terlalu kerap di putar-belitkan oleh anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab, terutama sekali kaum muda (berhaluan kiri dan komunis) di pihak pembangkang. [Laporan penuh]


bisik - apa benda yatukantuliponrosmah nih...ni kursus seminar orang2 pakai kot saja buleh masuk...bila nk terang kat kami orang2 pakai kaen pelikat kat kampung ni..

1malaysia dengan ketuanan melayu ada beza ke..?

No comments:

Post a Comment